Sunday, December 26, 2010
Program Cuti Sekolah (22 Dis- 26 Dis 2010)
Hari | Tarikh | Tahun 4 | Tahun 5&6 |
ISNIN | 22/11/2010 | 9.00 – 11.00 – Social Networking (Facebook) | |
SELASA | 23/11/2010 | 8.30 – 10.30 – Movie Maker | 10.30-12.30 - Dropbox |
RABU | 24/11/2010 | MC (Tiada Program) | |
KHAMIS | 25/11/2010 | 9.00-11.00 – Picnik (Photo Editing) | |
JUMAAT | 26/11/2010 | 9.00-9.30 – Game 9.30-11.00 - Flash Slide Show Maker |
Dropbox adalah cara paling mudah untuk menyimpan, menyusun dan berkongsi fail secara online.
Windows Movie adalah perisian video untuk membuat / editing. Ini mengandungi ciri-ciri seperti effects, transitions, titles/credits, audio track, timeline narration dan Auto Movie.
Program cuti sekolah ini dilihat sangat bagus kepada murid-murid selain dari mengisi masa lapang ketika cuti sekolah ia jugak dapat menambah ilmu pengetahuan para pelajar dalam penggunaan perisian komputer serta teknologi terkini. Topik-topik yang dipilih jugak didapati sangat sesuai dan menarik para pelajar untuk mendalaminya.
Tuesday, October 12, 2010
Jamuan Sekolah Masriyah
Sunday, April 25, 2010
Perkembangan KACEMM Jaya
Dari pemerhatian yang dapat dilihat, para murid sangat berminat belajar menggunakan keperluan ICT dan seterusnya meningkatkan pemahaman mereka dalam pelajaran. Guru pembimbing berniat untuk melanjut program ini setelah mendapat sambutan dari murid dan peningkatan yang sangat memuaskan.
Tuesday, February 9, 2010
KACEMM JAYA - Program Pemulihan khas
Program ini disertai oleh 12 orang pelajar pemulihan khas yang masih lagi belum menguasai kemahiran yang mudah seperti abjad, kv dan kv kv. Oleh itu, guru pembimbing mengambil initiatif kemudahan makmal komputer Citaku lab sebagai pendedahan pengajaran kepada para pelajar. Ini adalah kerana untuk menarik minat pelajar terhadap pelajaran dan meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu.
Objektif
- Meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar Pemulihan Khas.
- Menarik minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu dan penggunaan ICT.
- membantu meningkatkan pengamatan pelajar pemulihan khas.
- mendedahkan cara pembelajaran kendiri kepada pelajar pemulihan khas dengan menggunakan modul KACEEM.
Ahli Jawatan Kuasa
Penaung: Puan Muna Bt Hj Ahmad Fuad
Penasihat: Puan Hayati Bt Ahmad
Pengarah Projek: Puan Nor Aznizam bt Abd Hamid
AJK Pelaksana: Puan Nor Aznizam bt Abd Hamid
Cik Hanizam Bt Abu Bakar
Cik Noordina Bt Badarudin
Puan Rozlina Bt Yusof
Ustazah Asiah Bt Yusof