Program IT CAMP untuk kali ke-2 ini bermula pada 24 Ogos 2009 dan akan berakhir pada 28 Ogos 2009. Pelajar yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar tahun 4 dan 5.Topik utama kali ini adalah berkaitan dengan E-mail,Online Communication serta Ms Publisher.Para pelajar telah menyediakan kad hari raya untuk kedua ibubapa mereka sempena Syawal yang bakal tiba kelak.
4 Ogos 2009 :Member Day Member Day terbuka untuk semua pelajar yang mempunyai kad ahli sahaja di mana kad tersebut diperolehi semasa pelajar mengikuti IT Camp semasa cuti sekolah yang lepas.Memandangkan sambutan yang menggalakkan,pelajar terpaksa dihadkan setiap orang hanya 30 minit sahaja. Pelajar diberi peluang untuk kemaskini blog masing-masing.
Program e-tutor telah diadakan di Hotel Summit, Bukit Mertajam pada 25 Julai 2009 (Sabtu).Program ini membantu para pelajar dalam menjawab soalan UPSR serta membantu pelajar belajar melalui penggunaan CD.Pelajar juga diberi suntikan semangat sebelum menghadapi UPSR yang bakal tiba.