Sunday, December 26, 2010

Gambar-gambar program IT Camp 2010

Ketika sesi game show..


Salah satu video yang dihasilkan oleh murid.


Wajah-wajah ceria murid ketika sesi presentation.

Murid sedang menggunakan search engine untuk mencari maklumat untuk tugasan yg diberikan.


Bekerjasama mencari gambar untuk menghasilkan video menggunakan Window Movie Maker.


Murid-murid sedang tekun mengedit gambar.



Program Cuti Sekolah (22 Dis- 26 Dis 2010)


Seramai 7 orang pelajar Tahun 4, 8 orang Tahun 5 dan 10 orang Tahun 6 yang telah menghadiri program cuti sekolah ini pada 22/11/2010 hingga 26/11/2010.

Jadual Program:

Hari

Tarikh

Tahun 4

Tahun 5&6

ISNIN

22/11/2010

9.00 – 11.00 – Social Networking (Facebook)

SELASA

23/11/2010

8.30 – 10.30 – Movie Maker

10.30-12.30 - Dropbox

RABU

24/11/2010

MC (Tiada Program)

KHAMIS

25/11/2010

9.00-11.00 – Picnik (Photo Editing)

JUMAAT

26/11/2010

9.00-9.30 – Game

9.30-11.00 - Flash Slide Show Maker


Topik- topik:

Facebook merupakan jaringan social yang menghubungkan seseorang dengan yang lain sama ada teman sekerja, rakan sekolah mahupun orang sekeliling dan global.

Picnik membolehkan anda mengedit semua foto anda secara Online dengan mudah.

Dropbox adalah cara paling mudah untuk menyimpan, menyusun dan berkongsi fail secara online.

Windows Movie adalah perisian video untuk membuat / editing. Ini mengandungi ciri-ciri seperti effects, transitions, titles/credits, audio track, timeline narration dan Auto Movie.

Flash Slideshow Maker adalah pencipta untuk membuat gambar foto animasi, flash banner, flash dan widget scroller gambar untuk website, blog.

Kesimpulan:

Program cuti sekolah ini dilihat sangat bagus kepada murid-murid selain dari mengisi masa lapang ketika cuti sekolah ia jugak dapat menambah ilmu pengetahuan para pelajar dalam penggunaan perisian komputer serta teknologi terkini. Topik-topik yang dipilih jugak didapati sangat sesuai dan menarik para pelajar untuk mendalaminya. Para pelajar dilihat sangat teruja mempelajari topic-topik yang diajar.



Tuesday, October 12, 2010

Jamuan Sekolah Masriyah

Bergambar bersama guru yang hadir

Sekolah Rendah Islam Al-Masriyah telah mengadakan jamuan Hari Raya di Emerald Puteri Hotel, Sungai Petani pada 2 September 2010. Pihak sekolah telah menjemput IT Fasi untuk bersama-sama menjayakan aktiviti tersebut. Program tersebut berjalan dengan lancar.

Sunday, April 25, 2010

Perkembangan KACEMM Jaya

Pada 20 April 2010, kelas pemulihan ICT KACEMM Jaya telah sampai ke penghujungnya. Dari kelas ini dapat dilihat peningkatan murid-murid dalam mengeja dan penggunaan ICT jugak banyak membantu pelajar.

Murid sedang tekun membuat latihan yang diberi

Dari pemerhatian yang dapat dilihat, para murid sangat berminat belajar menggunakan keperluan ICT dan seterusnya meningkatkan pemahaman mereka dalam pelajaran. Guru pembimbing berniat untuk melanjut program ini setelah mendapat sambutan dari murid dan peningkatan yang sangat memuaskan.

Guru pembimbing memberi tanjuk ajar kepada murid

Tuesday, February 9, 2010

KACEMM JAYA - Program Pemulihan khas

Satu program kolaborasi Program Pendidikan Khas bersama Citaku Lab SRIM. Jom KACEEM adalah merupakan satu program khas yang menggunakan modul KACEEM (Kaedah Cepat Membaca dan Menulis) yang merupakan bahan inovasi Kementerian Pelajaran Malaysia yang diterbitkan oleh Jawatankuasa Pemandu Bahan Inovasi Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. KACEEM telah dibangunankan oleh Encik Abdul Karim bin Munok.

Program ini disertai oleh 12 orang pelajar pemulihan khas yang masih lagi belum menguasai kemahiran yang mudah seperti abjad, kv dan kv kv. Oleh itu, guru pembimbing mengambil initiatif kemudahan makmal komputer Citaku lab sebagai pendedahan pengajaran kepada para pelajar. Ini adalah kerana untuk menarik minat pelajar terhadap pelajaran dan meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu.

Objektif
  • Meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar Pemulihan Khas.
  • Menarik minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu dan penggunaan ICT.
  • membantu meningkatkan pengamatan pelajar pemulihan khas.
  • mendedahkan cara pembelajaran kendiri kepada pelajar pemulihan khas dengan menggunakan modul KACEEM.
Tempoh perlaksanaan adalah dari 8 Februari hingga 20 April 2010 sebanyak 16 slot. Program akan dilaksanakan dari jam 2.15 hingga 3.15 petang di Makmal Citaku, SRIM.

Ahli Jawatan Kuasa


Penaung: Puan Muna Bt Hj Ahmad Fuad
Penasihat: Puan Hayati Bt Ahmad
Pengarah Projek: Puan Nor Aznizam bt Abd Hamid
AJK Pelaksana: Puan Nor Aznizam bt Abd Hamid
Cik Hanizam Bt Abu Bakar
Cik Noordina Bt Badarudin
Puan Rozlina Bt Yusof
Ustazah Asiah Bt Yusof