Tuesday, February 9, 2010

KACEMM JAYA - Program Pemulihan khas

Satu program kolaborasi Program Pendidikan Khas bersama Citaku Lab SRIM. Jom KACEEM adalah merupakan satu program khas yang menggunakan modul KACEEM (Kaedah Cepat Membaca dan Menulis) yang merupakan bahan inovasi Kementerian Pelajaran Malaysia yang diterbitkan oleh Jawatankuasa Pemandu Bahan Inovasi Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. KACEEM telah dibangunankan oleh Encik Abdul Karim bin Munok.

Program ini disertai oleh 12 orang pelajar pemulihan khas yang masih lagi belum menguasai kemahiran yang mudah seperti abjad, kv dan kv kv. Oleh itu, guru pembimbing mengambil initiatif kemudahan makmal komputer Citaku lab sebagai pendedahan pengajaran kepada para pelajar. Ini adalah kerana untuk menarik minat pelajar terhadap pelajaran dan meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu.

Objektif
  • Meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar Pemulihan Khas.
  • Menarik minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu dan penggunaan ICT.
  • membantu meningkatkan pengamatan pelajar pemulihan khas.
  • mendedahkan cara pembelajaran kendiri kepada pelajar pemulihan khas dengan menggunakan modul KACEEM.
Tempoh perlaksanaan adalah dari 8 Februari hingga 20 April 2010 sebanyak 16 slot. Program akan dilaksanakan dari jam 2.15 hingga 3.15 petang di Makmal Citaku, SRIM.

Ahli Jawatan Kuasa


Penaung: Puan Muna Bt Hj Ahmad Fuad
Penasihat: Puan Hayati Bt Ahmad
Pengarah Projek: Puan Nor Aznizam bt Abd Hamid
AJK Pelaksana: Puan Nor Aznizam bt Abd Hamid
Cik Hanizam Bt Abu Bakar
Cik Noordina Bt Badarudin
Puan Rozlina Bt Yusof
Ustazah Asiah Bt Yusof